Mahasiswa perlu budaya ilmu


Institusi universiti pada era ini dikatakan oleh ramai sarjana hanya akan berjaya menjadi tersohor bila empat komponen utama di dalamnya bergerak bersama ke arah satu misi.


Pertama, komponen kepimpinan tertinggi universiti yang mantap perancangan dan misinya. Kedua, komponen tenaga akademik yang hebat ilmu kepakarannya sama ada di dalam pengajaran, penyelidikan dan penulisan berkualiti. Ketiga, komponen tenaga pentadbiran yang cekap dan efisien serta keempat, komponen kemahasiswaan yang berketrampilan tinggi.


Jika salah satu komponen tersebut tidak berfungsi dengan baik maka sesebuah universiti itu akan ketinggalan. Malah kekuatan keempat-empat komponen ini akan menentukan sejauh manakah pemain industri berminat untuk bekerjasama dengan pihak universiti. Lebih 10 tahun lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah merasmikan Hari Kerjaya UKM. Keesokan harinya media massa perdana negara memetik ucapan "peringatan" beliau supaya universiti di negara ini jangan jadi "dinosaur".

Beberapa hari selepas itu bertambah riuh apabila media memanjangkan lagi isu dinosaur dengan cerita ungkapan "profesor kangkung" ditujukan kepada ilmuwan di universiti. Mereka ini mencapai tahap tertinggi kepakarannya tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan kepakarannya di dalam konteks menyelesaikan permasalahan dan memenuhi keperluan masyarakat semasa.

Antara lain dikatakan kualiti sesetengah para tenaga akademik tempatan bertaraf profesor ketika itu yang masih terkebelakang ilmunya berbanding rakan-rakan setaraf mereka di luar negara khususnya negara maju. 
Berita asal klik di sini...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP