Skor 'A' Tanpa Tuisyen
Kini dunia dilanda tsunami ekonomi. Jimatkan perbelanjaan pendidikan anak anda.Tidak Perlu Membazirkan Masa, Tenaga Dan Wang Ke Kelas Tusyen.
Jangan biarkan nasib anak anda ditentukan PUSAT TUSYEN. Anda mampu mengubahnya.
TUSYEN: Membazirkan Masa, Tenaga dan RM ?
Ya! memang benar saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa menghadiri kelas tusyen membazirkan masa, tenaga dan wang. Itu pendapat saya. Itu pilihan saya. Dan saya telah buktikan. Sudah tentu pandangan saya tidak muktamat. Ada pro dan kontra mengenai perkara ini.
Hujah saya cukup mudah, setiap kali keputusan peperiksaan samada PMR atau SPM kita dapati surat khabar melaporkan ramai yang berjaya dengan cemerlang tanpa menghadiri kelas tusyen.
Saya telah membaca lebih dari 20 buah buku mengenai motivasi dan cara cara belajar dengan berkesan, tiada satu pun yang menegaskan untuk berjaya dengan cemerlang mesti pergi tusyen. Saya juga telah menghadiri beberapa seminar dan kem tranformasi, jawapannya sama - tiada saranan atau galakkan untuk ke kelas tusyen jika ingin berjaya. Kesemuanya menggalakkan kita mesti berusaha sendiri.
Bukti paling jelas ialah kawan kawan saya menghadiri kelas tuisyen setiap hari sepanjang tahun tapi keputusan ujiannya kadang kala tidak dapat mengatasi pelajar pelajar yang tidak hadir kelas tusyen.
Tapi masih ramai yang percaya dan mungkin terpedaya dengan iklan agresif pusat pusat tusyen. Jangan salah faham, saya tetap menyokong dan menyertai kelas tusyen yang diadakan oleh guru kelas kerana bayarannya murah dan mungkin kadang kala diberi percuma. Kepada kawan kawan yang tidak menghadiri kelas tusyen dan berminat untuk mengetahui sistem belajar yang berkesan, saya sedia berkongsi pengalaman pribadi saya.
Saya dikatakan seorang pelajar sederhana (mendapat nombor 80 dari 203 orang murid). Sistem yang telah saya gunapakai telah berjaya menjadikan saya di antara 10 pelajar terbaik. Semuanya lakukan tanpa tusyen dan saya amat bersyukur kerana tidak perlu membazir masa, tenaga dan wang.
Read more...