Jangan kecewa gagal ke asrama penuh


Ibu bapa tidak harus kecewa dengan kegagalan anak mereka ke sekolah berasrama penuh (SBP) kerana masa depan untuk berjaya dalam akademik masih terbuka luas jika disiplin ketat pembelajaran di rumah dipraktikkan.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, para pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang gagal mendapat tawaran harus menganggap ia satu hikmah dan cabaran untuk terus bersaing.
Malah, kata beliau, pelajar harus akur bahawa keperluan tempat untuk ke SBP sebenarnya adalah untuk diisi khususnya oleh pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. 
Berita asal klik di sini...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP